radio tv malaysia online

Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP

Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, boot sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting ini telah sedia ditetapkan, jadi anda tidak perlu bimbang lagi. Anda boleh terus ke bahagian Format Hard Disk sekiranya tiada masalah di sini.

Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence:

(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi, apa yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun, konsep dan asasnya tetap sama)

Hidupkan komputer anda.
Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETE) untuk melancarkan BIOS.
Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features.

Pilih Boot Sequence.

Dalam urutan Boot Sequence, tentukan yang CD-ROM berada di bahagian atas sekali.

Tekan F10 untuk simpan setting anda dan restart komputer.
Format Hard Disk
Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to boot from CD…”. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.

Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver”. Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas Hard Disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke langkah 3. (Nota: Sekiranya anda nak install Windows XP kepada Hard Disk SATA tapi tiada disket, ikuti langkah ini)

“Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.

“Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.

Sekiranya Hard Disk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install Windows XP yang baru.

Sekiranya Hard Disk anda:
masih baru dan belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8.
tapi jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.
Buat satu partition dengan menekan butang C.

Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.

Pilih partition C: untuk install Windows XP. Ingatan: Kalau anda ada fail dan dokumen penting dalam partition C:, buat backup dengan memindahkan data tersebut ke dalam partition D: ataupun ke dalam external hard drive.

Tekan butang C untuk setuju.

Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER.

Tekan butang F untuk format Hard Disk.

Setup akan mula format Hard Disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.


Install Windows XP
Proses install Windows XP bermula. Klik pada butang Next.

Masukkan nama anda dan klik butang Next.

Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next.

Masukkan password bagi Administrator dan klik butang Next.

Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.

Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.

Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda membuat pilihan mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak dua kali.

Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi.
Mula Menggunakan Windows XP
Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan diubah mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.

“Welcome to Microsoft Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.

Pilih “Not right now” dan tekan butang Next. Anda boleh mengaktifkan kembali Automatic Updates pada kemudian hari.

Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Skip.

Pilih “No, not at this time” supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan butang Next.

Masukkan nama anda dan tekan butang Next.

Klik pada butang Finish.

Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula menggunakannya.

Tingkatkan BIOS Anda

(Nota: Tips yang berkaitan dengan upgrade BIOS atau mematikan mana - mana fungsi dalam BIOS adalah agak teknikal. Pengguna baru adalah dinasihatkan supaya mengelakkan tips ini)

BIOS bereti Basic Input Ouput System, yang berfungsi untuk memulakan perkakasan - perkakasan dalam komputer anda sewaktu PC dihidupkan. Bergantung pada PC anda, pengubahsuaian BIOS boleh meningkatkan sedikit prestasi komputer.

Update BIOS Anda. Biasanya pengeluar komputer atau motherboard akan mengemaskini BIOS mereka, dan anda boleh download versi BIOS yang terbaru ini. Pastikan BIOS jenis apa yang anda pakai, dan cari update yang terkini di Internet. Setelah download, ikuti langkah yang diberikan untuk install BIOS tersebut.

Matikan Komponen Yang Tidak Digunakan. Motherboard anda mengandungi banyak komponen - komponen seperti RJ-45, bunyi, dan grafik. Anda boleh matikan komponen yang tidak diperlukan; melalui BIOS. Contohnya jika anda mempunyai kad wireless, anda tidak memerlukan lagi komponen Ethernet. Ataupun jika port VGA anda tidak digunakan, disable saja fungsinya. Jika anda ingin menggunakannya kembali, enable semula komponen tersebut melalui BIOS.

Bersihkan PC Anda

Semakin lama anda menggunakan PC, semakin banyaklah Temporary File yang terkumpul dalam Windows anda. Temporary File ini adalah sampah - sarap yang perlu dibersihkan selalu agar ianya tidak membazirkan ruang dalam Hard Disk anda. Untuk membersihkan fail - fail ini, gunakan CCleaner.

Matikan Servis Yang Tidak Perlu


Servis adalah proses - proses yang dijalankan secara senyap, di balik tabir. Seperti Startup Program, ada sebilangan dari servis - servis ini yang tidak diperlukan oleh anda, dan boleh ditetapkan agar tidak dilancarkan secara automatik.

Untuk membuat tetapan pada servis, buka msconfig sekali lagi. Pergi kepada tab Services. Pastikan anda menanda kotak "Hide All Microsoft Services" (seperti dalam gambaraja) agar anda tidak tersilap membuang servis yang penting. Kemudian uncheck pada mana - mana servis supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik

Untuk senarai servis - servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan taipkan services.msc. Di sini anda boleh lihat segala servis - servis yang terdapat dalam Windows XP.

Tetapkan Program Yang Dibuka Sewaktu Startup


Setiap kali Windows dimulakan, ia akan melancarkan sejumlah program secara automatik. Program ini dipangil sebagai Startup Program. Namun, tidak semua dari program ini diperlukan sentiasa, sebaliknya anda hanya akan buka program tersebut bila perlu.

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang satu-satu program dari senarai Startup. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan msconfig. Untuk melancarkan msconfig, klik pada Start Menu dan pilih Run (atau tekan sahaj Win+R). Pada kotak Run, taipkan msconfig dan tekan Enter. System Configuration Utility akan dipaparkan. Pergi kepada tab Startup dan anda boleh lihat senarai startup program. Hanya uncheck sahaja mana - mana program supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik.

Bagi mendapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh, gunakan perisian Autoruns. Pastikan anda tahu program apa yang anda hadapi, sebelum membuat apa - apa perubahan.

Cara Untuk Lajukan Windows XP


Defragment Hard Disk Anda
Anda mungkin telah kerap kali mendengar istilah Defragment ini. Namun, tahukah anda apa fungsi Defragment?

Apabila Windows XP menyimpan satu-satu fail dalam komputer anda, kadang - kadang ia diletak secara bersepah. Sebagai contoh, sebahagian dari fail Word anda diletakkan di bahagian tengah Hard Disk manakala sebahagian lagi diletakkan di bahagian hujung. Keadaan ini disebut sebagai Fragmentation. Untuk membuka fail Word ini, Windows XP terpaksa memakan sedikit masa kerana ia terletak berjauhan antara satu sama lain.

Defragmentation bertugas untuk membetulkan kembali keadaan Fragmentation ini. Ia akan menyusun kembali fail - fail dalam komputer anda agar berada di tempat yang betul.

Disk Defragmenter boleh dibuka melalui Start Menu > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter

pembaikpulih komputer



Membaik pulih komputer lama dan baru.Membuang segala virus yang selama ini bermaharajalela dikomputer anda.Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
 

Copyright @ 2008 REPAIR COMPUTER: 04/19/09 | Original Template: Wordpress Themes | Modified By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top